Saturday, 28 April 2012

tak salah kita ingat antara satu sama lain



Manusia kadang kadang boleh jadi bnyk rupa dlm satu masa. Ada yang boleh jadi syaitan bertopengkan manusia, ada yang boleh jadi kawan makan kawan dan ada yang boleh jadi kawan yang sentiasa ada dengan kita bila kita perlukan dorg.


Tapi pernah ke kita sedar dengan kehadiran dorang semua? Sampaikan satu masa kita boleh lupa kebaikan yg dorang pernah buat dkt kita. Kita boleh lupa semua benda yang dorg pernah cakap dekat kita.


Memang tak boleh dinafikan ada manusia yang sentiasa menghasut kita supaya bersikap lebih buruk drpd sekarang. Tapi ada juga manusia yang menghasut kita supaya jadi lebih baik drpd skrg.


Kawan yang saya perlukan sekarang adalah kawan yang sentiasa ada disisi saya bila saya perlu, kawan yang boleh memberi saya teguran yang baik, kawan yang boleh nasihatkan saya, kawan yang tak pernah lupa pada janji, kawan yang sentiasa dpt merasa suka duka saya, kawan yang boleh dengar semua masalah saya, kawan yang tak lupa pada saya bila dia senang dan paling penting kawan sejati yang tak pernah tinggalkan saya.


Salam♥

No comments:

Post a Comment