Sambungan Cerita Aidil :')
Then dorang pun jenjalan lah dekat London tuuuu, lepas dah selesai honeymoon dorg pun balik Malaysia and jumpa lah dgn kengkawan semua balik. Kononnya dorg buat reunion lah kan. Habis satu batch jumpa and time tu semua pakat dah kahwin. And gadis ni dgn si mamat tu dapat anak twins. Dorg bahagia and happy gila nak mati ahhh. Hidup dorg tuuu mcm complete gila. Cinta sekolah yang org selalu anggap cinta monyet tu akhirnya jadi Cinta Abadi.
Satu malam tuu gadis yang kini bergelar 'isteri' kepada si mamat tadi pun ajak lah mamat tu pergi keluar Candle light Dinner enn, anak twins dorg tu dorg tggl dkt rumah ibu 'isteri' dia. Then bila malam tu mamat tu tanya ah 'kenapa tetiba awak ajak saya keluar makan malam ni' and isteri dia ckp 'saya rindu semua kenangan kita musim sekolah dulu, saya nak kembali pada zaman tu tapi mmg tak lah kann wak' and mamat tu ckp 'saya pun nak tapi saya taknak kejadian awak tinggal saya tu berlaku, kalau kita tak terpisah mesti kita akan sentiasa bersama' lalu si isteri menitiskan air mata.
Dan mamat yang kini bergelar suami tu pun bawak si isteri ke suatu tempat ni. Tempat yang sering kali bermain di minda si isteri. Tempat yang selalu memberikan kenangan manis, tempat di mana suaminya selalu tersenyum kepadanya, tempat di mana mereka sama sama belajar sehingga kan berjaya dan menyambungkan pelajaran di London, tempat di mana mereka bertemu dan mengenali antara satu sama lain. Si isteri terkejut. Tempat bersejarah buat mereka 'SEJAYA HIGH SCHOOL' dgn tetiba lalu jatuh lah air mata si isteri buat kali kedua.
Sepuluh minit mereka berdua terdiam lalu si suami keluarkan handphone dia then dia tunjukkan gambar mereka yang ditangkap di sekolah masa zaman persekolahan dulu. Lalu si suami bertanya 'awak ingat tak dulu kita ada ambik gambar? Gambar yang saya suka tuuu' si isteri balas dan berkata 'ingat ingat' and si suami tunjukkan kepada isterinyaaaaa ^^

Lalu buat kali ketiga si isteri menitiskan air mata. Mereka janji akan sehidup semati sehingga ke akhir hayat mereka. Selepas mereka berdua pun cerita dan mengimbas kembali kisah silam mereka, mereka pun pulang lah ke rumah. Semasa hendak menaiki kereta, isteri berkata dia ingin bawak kereta sebab takut si suami penat dan suami pun duduk lah di kerusi bahagian penumpang depan.
Semasa dalam perjalanan isteri memulakan perbualan dan berkata 'awak, saya syg awak, saya syg family kita. Kita dah janji nak sehidup semati kan? Kalau janji kita masa zaman sekolah dulu awak boleh tunaikan, awak sanggup cari saya semua, saya harap awak dapat tunaikan permintaan terakhir saya' dengan nada pelik suaminya berkata 'permintaan terakhir? okay saya tunaikan' dan si isteri berkata 'awak jaga anak kita baik-2 okay? Awak maafkan segala kesilapan saya? Saya nak bila saya dah takde nanti awak dpt cari pengganti saya. Andai ini malam terakhir kita bersama, saya nak awak tahu, saya bahagia di samping awak. Saya tak pernah berhenti berdoa agar kita sentiasa kekal wak. Saya cuma nak awk tahu, saya syg awk sampai akhir hayat saya' dan si isteri terus memberikan senyuman nya :)
Dengan sekelip mata, ada sebuah kereta yang melanggar mereka dan kejadian itu berlaku di sebelah bahagian pemandu. Kemalangan yang sangat mengerikan dan kereta mereka rosak teruk. Suaminya tidak mengalami sebarang kecederaan teruk cuma berdarah di kepala je. Dan bila pergi untuk berada di pangkuan isteri, nadi isteri dah tak berdenyut dan si suami pun menangis. Walau bagaimanapun, si suami bersyukur kerana dapat melihat senyuman terakhir si isteri, dia dapat meluangkan masa masa terakhir bersama isterinya. Tapi ada permintaan yang si suami tak dpt nak tunaikan iaitu untuk mencari pengganti isterinya. Tapi dia menjaga anak kembarnya seperti yang diamanahkan oleh si isteri.
Dan apabila anak mereka sudah besar, si suami pun menunjukkan gambar-2 si isteri kepada anak-anaknya. Menceritakan semula semua pahit manis yang telah mereka tempuhi dgn tabah. Segala rintangan yang mereka sendiri tak sangka akhirnya berakhir dgn ada nya rumah tangga. Anak-anak mereka bangga kerana mempunyai ayah yang sangat taat pada janji.
Then end of story :)
#awak, saya mintak maaf kalau cerita saya tak sehebat awak. Saya nak awk tahu, saya syg awk sgt-2. Sayang awk sampai bebila :') Awak tunaikan janji awk okay? Saya tunggu. Takecare awak :D Iloveyou :)
Credit to : AIDIL NUR SHAHID BIN ABD RAHMAN <3
No comments:
Post a Comment