Ya Allah ya Tuhanku, kau kuatkan lah semangat aku untuk menempuh segala ujian mu ini ya Allah. Andai ini perpisahan buat kami, aku redha dan aku pasrah. Kau ampunilah dosa-dosa mereka ya Allah. Kau jadikan lah mereka orang-orang yang soleh dan solehah. Kau bukakan lah pintu hati mereka. Kau permudahkan lah segala urusan mereka. Hanya kepada Engkau aku memohon ya Allah. Amin :)
Saturday, 29 October 2011
Kau kuatkanlah semangat aku ya Allah :')
Bismillahirahmanirahim. Kengkawan, saya perlukan semangat kengkawan. Tapi selagi kamu semua berikan semangat itu kepada saya, saya bertambah menangis. Saya terharu dengan semua semangat dan pesanan awak kengkawan. Saya takut sangat, takut sangat kehilangan awak semua. Mana tahu, mungkin ini perpisahan kita buat selamanya. Mana tahu mungkin ajal saya sampai ketika tinggalkan awak semua. Mana tahu saya pergi untuk selama-lamanya ketika mengucapkan 'SELAMAT TINGGAL' kepada awak semua. Kita hanya manusia biasa yang hanya mampu merancang, tetapi semuanya Allah yang akan tentukan. Kita hanya manusia biasa yang boleh menduga, tetapi Allah itu dah takdirkan dimana perpisahan dan pertemuan kita. Andai satu hari nanti kita takkan berjumpa lagi, kengkawan jaga diri elok-elok. Pastikan awak semua redha dgn pemergian saya. Hanya satu, doakan kesejahteraan saya. Saya mungkin seorang budak perempuan yang tidak kenal erti perpisahan sebenar tapi saya bersyukur kerana adanya pertemuan kita akan terpisah. Saya sangat menghargai setiap jasa baik awak semua, setiap nasihat yang awak semua berikan. Saya tak mungkin dapat melupakannya. Saya dah cuba sedaya upaya untuk melalui semua ini seorang diri, tapi sukar! Saya menghabiskan masa itu dengan mengalirnya air mata. Air mata perpisahan kita. Saya risau, andai satu hari nanti kita jumpa dalam keadaan masing-masing saling melupakan. Saya dah tak kuat nak fikirkan tentang perpisahan ini, perpisahan yang akan tiba sebentar sahaja lagi. Perpisahan yang kita anggap seketika mungkin akan jadi perpisahan buat selamanya kengkawan. Saya memohon ampun andai terkasar bahasa dan andai ada yang kurang senang dengan cara diri saya ini. Tetapi, inilah saya. Saya bukan jenis yang hipokrit. Sama sekali tidak ada kepura-puraan. Doakan saya berjaya menghadapi semua ini dengan tabah ya kengkawan. Jaga diri okay.
cerita
Aiza here:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment