Assalamualaikum semua, saya sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya saya akan menduduki Peperiksaan Akhir tahun dimana akan menentukan kelas saya pada tahun hadapan. Peperiksaan kami baru sahaja bermula pada hari ini dan kami telah menjawab Bahasa Melayu ( K 1 & 2) dan Kertas Sivik :) Alhamdulillah setakat ini, masih boleh menjawab. Peperiksaan kami tamat pada empatnovemberduaribusebelas :) Dan selepas itu, kami akan buat sekolah itu macam bapak kami yang punya hewhew #jkjk :D Dan saya akan berpindah ke kampung bersama parent dan kakak saya. Kami akan memulakan kehidupan yang baru dan kami juga akan menjaga opah saya. InsyaAllah kalau tiada sebarang halangan atau apa-apa yang tidak diingini, kami akan pulang ke kampung pada cuti akhir tahun ini. Kepada semua kawan-kawan saya, jaga diri baik-baik. Belajar elokelok dan solat jangan lupa okay. Saya akan balik sini sebulan sekali untuk datang berjumpa dengan awak semua :) Maafkan saya jika ada salah silap, terkasar bahasa, dan semua orang pasti melakukan kesilapan, kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita lakukan kan itu samada menyakitkan hati atau pun tidak. Saya cuma insan biasa seperti anda semua, tidak ada apa-apa yang istimewa tentang saya dan saya sentiasa berharap agar tiada siapa yang akan berdengki atau membenci saya. Percayalah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah takkan menguji kita lebih dari apa yang kita mampu :) Dan sekali lagi saya bersyukur kerana semakin hari hubungan saya dengan keluarga, kawan-kawan, dan dengan boyfriend saya sendiri semakin rapat. Alhamdulillah. Dan sama sekali saya tak ingin berjauhan dengan kamu semua tapi mungkin kita akan terpisah disini malah akan berjumpa pada hari yang paling bahagia akan datang, insyaAllah :) Saya berhenti disini dan kembali berblogging selepas selesai Peperiksaan Akhir Tahun ini. Doakan saya lulus okay ♥
# Saya sayang awak semua. Terima kasih readers ♥
No comments:
Post a Comment